Tuesday, 18 July 2017

My second Mom

-Isnin,17 Ramadan-
Solat teraweh tadi aku jumpa ustazah(guru quranku) aku senyum dan peluk dia.lama. Beberapa bulan fasa peperiksaan akhir ni,belum sempat aku bertemu mata.
Aku sebenarnya tak sangka dan terharu beliau mengotakan janjinya untuk bertemu dengan aku selepas bertanya masjid mana yang aku lazimi untuk berteraweh.Sangatlah tidak beradab diri ini, guru datang bertemu anak muridnya.

Semalam, aku menelefon ustazah seperti biasa bertanya khabarnya dan keluarga. Aku bagitahu yang peperiksaan masih berbaki 2 dan minta dia mendoakanku. Dalam bicaranya, sempat dia bertanya apa khabar Ramadan aku? Aku segan sebenarnya, banyak amalan yang kurang dari lebih. soalan sama aku tanya pada dia. Saja. Aku suka dengar kisah qurannya dan keluarga.

Kata Ustazah Ramadan kali ini agak slow. Dia baru sempat khatam 3 kali quran sejak 16 hari yang lalu. Aku telan air liur. Dalam hati aku '3 kali tu slow?' lalu dia sambung bercerita Abdul Kareem anak lelakinya yang berumur 12 tahun sudah khatam 5 kali. Suaminya sudah kali ke 6. Anak-anak perempuannya tidak kurang hebat mereka. Aku hanya mampu sebut Alhamdulillah, Masha Allah sahaja. Bagi aku ustazah sudah cukup hebat, beliau hari-harinya sangat sibuk menguruskan keluarga dengan 5 orang anak-anaknya,kadang-kadang masanya dihabiskan mengajar anak jiran ilmu akademik dan ke kelas agama sebagai tenaga pengajar, namun quran tidak pernah lekang dari mulutnya.

Aku akhiri perbualan kami sekali lagi minta dia mendoakanku terus kuat terutamanya dalam Quran. Kalau nak dikira logik akal, dengan berada di dalam negara Mesir ni, dengan suasana Quran yang masih ada, mana mungkin kita jauh dari wahyuNya. Tapi hakikat dan realitinya tidak semudah logik yang ada. Sebab itulah suasana sangat memainkan peranan penting, orang disekeliling yang mengingatkan dan saling menguatkan. Keluarga yang berpegang pada Al-Quran dan mengamalkan. Aku pun tidak tahu nasibku bagaimana di Malaysia nanti. Harapnya agar terus istiqamah kerana aku tahu itu sangat susah.

Sebelum masuk Ramadan kita rasa lamanya 30 hari. Pejam celik pejam celik dah menghampiri akhir fasa kedua Ramadan. Apa khabar iman kita? Apa khabar Quran kita? Amalan sunat dan zikir masih berterusankah?
soalan-soalan yang bukan untuk orang lain,tapi untuk diri ni juga saat sibuk dengan peperiksaan dunia terkadang lupa kumpul markah untuk peperiksaan akhir menuju tuhan.
Moga Ramadan yang masih berbaki sama-sama kita pulun menuju RedhaNya.

Sebelum start teraweh selepas solat isyak,sempat ustazah buat kuiz "imam baca surah apa,juz ke?"

#IHRAM17
#NuzulQuran
#RamadanKareem
#2morepaperstogo

No comments:

Post a Comment