-Isnin, 170717-
Harini aku tasmi' surah Fatir lagi page 437, 438. Mostly setakat ni aku tasmi' ngan Hend sebab ustazah cakap Hend ada ujian syafawi Quran tahun last sekolah menengah. Macam syahadah Quran la lebih kurang.
so,basically before tasmi' aku akan murajaah dulu nak lancarkan apa aku hafal kat rumah tadi. Alhamdulillah harini ayat lebih senang dan memang aku rasa surah Fatir lebih senang dari Saba'. Aku tak ambik masa lama pon harini. Hend perasan dan dia tegur bila aku baca lancar on first reading berbanding hari-hari lain. Aku cakap la aku dah hafal kat rumah.
Dia macam 'ohhhh..'
setakat yang aku jumpa orang arab ni hafalan power dan kalau yang dah memang hafal macam Hend ni memang senang je nak recall. Aku ni tak masuk list la.Aku kena hafal balik.banyak tak ingat.
Kami sambung je macam biasa guna sistem-baru-ustazah (satu page ulang 5-10x)
fuhh.. berpeluh jugak tapi aku suka cara ni,aku ingat lebih lama dan kami tak akan masuk page baru kalau tak betul lancar.
setiap hari rasanya ada je benda baru aku muhasabah dan belajar bila pergi kelas quran. Kalau tak pasal Quran pon, pasal budaya,suasana keluarga ustazah yang tersangatlah ada budaya Quran dan banyak benda lagi sebenarnya. Aku suka. Aku rasa content. tak boleh nak ekspresikan sebab rasa tenang dan lapang tu Allah bagi.Aku tahu Allah pon suka.Aku tahu tu.
Aku tahu aku slow menghafal, ingatan tak tajam sangat, n aku ambik masa banyak dari orang lain untuk hafal setiap ayat. Tapi aku tak nak pilih untuk give up sebab aku rasa sangat rugi. Aku dah start dari umur 13 kot,esok nak masuk 10 tahun pegang gelaran 'Hafizah' yang aku tak layak ni.so kenapa nak stop?
tipu la tak rasa sedih tak ingat and susah nak ingat Quran bnyak macam orang lain tapi aku ada masa,aku ada guru, Allah bagi peluang, selagi tak mati aku akan cuba jugak.
Masa Hend tanya aku tadi aku hafal dah eh kat rumah sebab lancar semacam.
dalam hati aku 'hari-hari saya hafal dulu Hend'
kat mulut aku cakap la "Saya tak power cepat ingat macam awak,senang. i have to double my effort"
dan macam biasa dia dengan humble cakap itu kenyataan mengarut sebab dia pon tak ingat.Tak ingat dia tak sama macam tak ingat aku. sedar diri la Aishah😂
it doesn't matter how slowly you go as long as you don not stop!
No comments:
Post a Comment