-Ahad,160717-
Lepas habis tasmi' surah Fatir tadi, Hend tanya aku ada kerja ke tidak. Aku cakap takde. Dia mintak tolong tasmi'kan surah Nuh,katanya dia ada test awal ogos dari Baqarah hingga Al-Kahfi. Malam nanti Ayahnya nak dengar bacaan dia. Aku on je sebab mmg takde kerja pon.
Separuh surah berjalan, ustazah datang bawa makanan. Kami berhenti sekejap, makan dulu. Hend tanya aku sedap tak makaroni?
Aku cakap 'of course.it's mom's cooking'. Aku tanya ustazah senang tak nak buat.
'Semua senang,cuma kena SABAR. sama macam nak ingat Quran. Kena banyak sabar'.
balas ustazah sambil siang sayur.
Kami sambung lagi separuh surah cuma kali ni tugas aku senang sikit,sebab ustazah yang kerap kali betulkan bacaan anaknya itu. Aku dah biasa dah. ustazah tu Quran di dada.
Salma si bongsu datang baru bangun tido dengan muka comel jalan duduk kat riba Hend sambil dengar bacaan kakak dia. Sesekali dia gi kacau mak dia buat kerja.
Dah dekat azan, aku dengar pintu sebelah sana berbunyi tanda orang keluar. Dalam hati aku, mesti Abdul Kareem keluar gi solat maghrib.
Masha Allah
No comments:
Post a Comment