Thursday, 20 July 2017

AISHAH TURNS 23!

-Rabu,190717-

Semalam birthday aku🎉🎊dan kebetulan tahun ni aku masih di mesir, aku tiba-tiba rasa nak jemput kawan-kawan sambut birthday sendiri ala party..huhu

i'm not a surprised person dan tak suka kejutan.dan aku jenis yang merancang so jadilah birthday party yang fully organized by me.well i'm a proud birthday girl!

satu malam aku asyik tengok gambar ni sebab happy sangat. sebab aku nampak kurus😋
i'm so blessed to have them in my life😘 I LOVE GIGI GUAT CLANS!
the first question i got when they enter the door and see the food was
 'serius la kau masak semua ni?' 

NO WAY! hahhaa main menu aku tempah dengan AS catering a.k.a Amir Sofwan and Kak Syuhadiah. super lazat punya nasi tomato.
ibu always said i got an infectious smiling and i'm glad. sebenarnya aku dah lupa macam mana nak senyum tanpa tunjuk sebaris gigiku yg cantek.ahakss

kay.that's all

Tuesday, 18 July 2017

MARAH dan PUKUL not the only solution

-Selasa,180717-

Aku lambat sikit pergi kelas harini. Kenapa eh? ohh sebab lupa harini awal sikit 1.30pm.hari selasa je 1.30 sebab Hend ada kelas pukul 4.30pm
so, aku tasmi' ngan ustazah harini.

Btw, harini baca surah Fatir page last 439,440 sebelum masuk Yaasin. Sebelum tasmi' tu tetiba Muhammad(anak lelaki ustazah umur 10 tahun) datang duduk atas katil, aku ngan ustazah kat bawah. Dia baru habis main komputer ustazah cakap. Ustazah suruh Muhammad start hafal surah Ar-Ra'dhu, ada satu muka plus separuh je lagi nak habis surah tu. Muhammad ni macam biasa la buat main-main dan berlengah malas.haha

Aku just nak tambah perisa dalam conversation tu aku cakap "Yallah Muhammad" sambil pegang telinga dia buat-buat garang, pastu aku senyum balik.

Kenapa cerita pasal Muhammad ni, aku cakap la cepat la hafal nanti kena rotan dengan uatazah. Muhammad balas "Mama tak rotan semua kesalahan kecuali solat.Kami kena denda je"
Aku pandang ustazah dan ustazah angguk dan senyum.

Dia bagitau la yang kalau kesalahan selain solat dia akan denda contohnya macam tak dapat duit belanja, tak boleh pergi bersukan, tak boleh baca novel/buku cerita kegemaran, no computer and games dan seumpamanya. Mereka adik-beradik tahu yang mereka didenda dan terima sebab tahu tu salah diorang.

ohhhh..

dan tadi rezeki aku la kot, Sarah pulak malas nak hafal Quran.Dia kena hafal surah Nahl rasanya. Tapi dia insist nak baca novel. so bila dah lebih 5x ustazah suruh dia buat nak tak nak je, ustazah ambik novel dan tak bagi balik. Tu lah contohnya. Yang aku pelik budak-budak takde pulak rebel cam aku..hahah ye laa diorang tu hati putih bersih dengar nasihat.bagus2

Muhammad pulak dah zzzz tidur tak sedar diri dah masa aku nak habiskan Yaasin tadi.

Aku perasan, ustazah tak pernah marah anak-anak dia sampai menjerit melolong nak betulkan kesalahan budak-budak tu. Yang ustazah selalu buat ialah dia ulang,ulang dan ulang arahan sambil istighfar(mungkin nak elak jadi rimau kot)
setiap arahan tu biasa senang je diorg ikut dan kalau diorg dengar kata ustazah mesti akan puji.

"Masha Allah Sarah, awak sangat baik harini. Anak yang soleh"

"Salma kan cantik, jom mama sikatkan rambut, bila dah sikat rambut dan cantik baru boleh makan"

"Muhammad ni Aishah, Masha Allah anak soleh selalu buat baik,dengar kata dan hemsem"

walaupon mereka dah biasa dengar,tapi cara ustazah tu sangat betul dalam mendidik psikologi mereka dan rasa dihargai.

Doesn't matter how slowly you go as long as you do not stop

-Isnin, 170717-

Harini aku tasmi' surah Fatir lagi page 437, 438. Mostly setakat ni aku tasmi' ngan Hend sebab ustazah cakap Hend ada ujian syafawi Quran tahun last sekolah menengah. Macam syahadah Quran la lebih kurang.

so,basically before tasmi' aku akan murajaah dulu nak lancarkan apa aku hafal kat rumah tadi. Alhamdulillah harini ayat lebih senang dan memang aku rasa surah Fatir lebih senang dari Saba'. Aku tak ambik masa lama pon harini. Hend perasan dan dia tegur bila aku baca lancar on first reading berbanding hari-hari lain. Aku cakap la aku dah hafal kat rumah.

Dia macam 'ohhhh..'

setakat yang aku jumpa orang arab ni hafalan power dan kalau yang dah memang hafal macam Hend ni memang senang je nak recall. Aku ni tak masuk list la.Aku kena hafal balik.banyak tak ingat.

Kami sambung je macam biasa guna sistem-baru-ustazah (satu page ulang 5-10x)
fuhh.. berpeluh jugak tapi aku suka cara ni,aku ingat lebih lama dan kami tak akan masuk page baru kalau tak betul lancar.

setiap hari rasanya ada je benda baru aku muhasabah dan belajar bila pergi kelas quran. Kalau tak pasal Quran pon, pasal budaya,suasana keluarga ustazah yang tersangatlah ada budaya Quran dan banyak benda lagi sebenarnya. Aku suka. Aku rasa content. tak boleh nak ekspresikan sebab rasa tenang dan lapang tu Allah bagi.Aku tahu Allah pon suka.Aku tahu tu.

Aku tahu aku slow menghafal, ingatan tak tajam sangat, n aku ambik masa banyak dari orang lain untuk hafal setiap ayat. Tapi aku tak nak pilih untuk give up sebab aku rasa sangat rugi. Aku dah start dari umur 13 kot,esok nak masuk 10 tahun pegang gelaran 'Hafizah' yang aku tak layak ni.so kenapa nak stop?
tipu la tak rasa sedih tak ingat and susah nak ingat Quran bnyak macam orang lain tapi aku ada masa,aku ada guru, Allah bagi peluang, selagi tak mati aku akan cuba jugak.

Masa Hend tanya aku tadi aku hafal dah eh kat rumah sebab lancar semacam.

dalam hati aku 'hari-hari saya hafal dulu Hend'

kat mulut aku cakap la "Saya tak power cepat ingat macam awak,senang. i have to double my effort"

dan macam biasa dia dengan humble cakap itu kenyataan mengarut sebab dia pon tak ingat.Tak ingat dia tak sama macam tak ingat aku. sedar diri la Aishah😂

it doesn't matter how slowly you go as long as you don not stop!

#familygoal!

-Ahad,160717-

Lepas habis tasmi' surah Fatir tadi, Hend tanya aku ada kerja ke tidak. Aku cakap takde. Dia mintak tolong tasmi'kan surah Nuh,katanya dia ada test awal ogos dari Baqarah hingga Al-Kahfi. Malam nanti Ayahnya nak dengar bacaan dia. Aku on je sebab mmg takde kerja pon.

Separuh surah berjalan, ustazah datang bawa makanan. Kami berhenti sekejap, makan dulu. Hend tanya aku sedap tak makaroni?

Aku cakap 'of course.it's mom's cooking'. Aku tanya ustazah senang tak nak buat.

'Semua senang,cuma kena SABAR. sama macam nak ingat Quran. Kena banyak sabar'.
balas ustazah sambil siang sayur.

Kami sambung lagi separuh surah cuma kali ni tugas aku senang sikit,sebab ustazah yang kerap kali betulkan bacaan anaknya itu. Aku dah biasa dah. ustazah tu Quran di dada.

Salma si bongsu datang baru bangun tido dengan muka comel jalan duduk kat riba Hend sambil dengar bacaan kakak dia. Sesekali dia gi kacau mak dia buat kerja.

Dah dekat azan, aku dengar pintu sebelah sana berbunyi tanda orang keluar. Dalam hati aku, mesti Abdul Kareem keluar gi solat maghrib.

Masha Allah

My second Mom

-Isnin,17 Ramadan-
Solat teraweh tadi aku jumpa ustazah(guru quranku) aku senyum dan peluk dia.lama. Beberapa bulan fasa peperiksaan akhir ni,belum sempat aku bertemu mata.
Aku sebenarnya tak sangka dan terharu beliau mengotakan janjinya untuk bertemu dengan aku selepas bertanya masjid mana yang aku lazimi untuk berteraweh.Sangatlah tidak beradab diri ini, guru datang bertemu anak muridnya.

Semalam, aku menelefon ustazah seperti biasa bertanya khabarnya dan keluarga. Aku bagitahu yang peperiksaan masih berbaki 2 dan minta dia mendoakanku. Dalam bicaranya, sempat dia bertanya apa khabar Ramadan aku? Aku segan sebenarnya, banyak amalan yang kurang dari lebih. soalan sama aku tanya pada dia. Saja. Aku suka dengar kisah qurannya dan keluarga.

Kata Ustazah Ramadan kali ini agak slow. Dia baru sempat khatam 3 kali quran sejak 16 hari yang lalu. Aku telan air liur. Dalam hati aku '3 kali tu slow?' lalu dia sambung bercerita Abdul Kareem anak lelakinya yang berumur 12 tahun sudah khatam 5 kali. Suaminya sudah kali ke 6. Anak-anak perempuannya tidak kurang hebat mereka. Aku hanya mampu sebut Alhamdulillah, Masha Allah sahaja. Bagi aku ustazah sudah cukup hebat, beliau hari-harinya sangat sibuk menguruskan keluarga dengan 5 orang anak-anaknya,kadang-kadang masanya dihabiskan mengajar anak jiran ilmu akademik dan ke kelas agama sebagai tenaga pengajar, namun quran tidak pernah lekang dari mulutnya.

Aku akhiri perbualan kami sekali lagi minta dia mendoakanku terus kuat terutamanya dalam Quran. Kalau nak dikira logik akal, dengan berada di dalam negara Mesir ni, dengan suasana Quran yang masih ada, mana mungkin kita jauh dari wahyuNya. Tapi hakikat dan realitinya tidak semudah logik yang ada. Sebab itulah suasana sangat memainkan peranan penting, orang disekeliling yang mengingatkan dan saling menguatkan. Keluarga yang berpegang pada Al-Quran dan mengamalkan. Aku pun tidak tahu nasibku bagaimana di Malaysia nanti. Harapnya agar terus istiqamah kerana aku tahu itu sangat susah.

Sebelum masuk Ramadan kita rasa lamanya 30 hari. Pejam celik pejam celik dah menghampiri akhir fasa kedua Ramadan. Apa khabar iman kita? Apa khabar Quran kita? Amalan sunat dan zikir masih berterusankah?
soalan-soalan yang bukan untuk orang lain,tapi untuk diri ni juga saat sibuk dengan peperiksaan dunia terkadang lupa kumpul markah untuk peperiksaan akhir menuju tuhan.
Moga Ramadan yang masih berbaki sama-sama kita pulun menuju RedhaNya.

Sebelum start teraweh selepas solat isyak,sempat ustazah buat kuiz "imam baca surah apa,juz ke?"

#IHRAM17
#NuzulQuran
#RamadanKareem
#2morepaperstogo