Friday, 1 September 2017

AIDILADHA KE-5 DI MESIR

-Jumaat, 010917-

Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan lagi hidup dan merasa nikmatnya dan harini sekali lagi aku dapat sambut Hari Raya Aidiladha. Tahun ni tahun ke-5 aku sambut hari raya korban di Mesir. Tak banyak yang berubah pon aktiviti raya dari aku predental sampai la tahun akhir ni melainkan berbezaan paling besar ialah sebelum ni after raya haji just bersuka ria sampailah masuk tahun pengajian baru balik tapi tahun ni kena reseat paper balik(dhur tani).
Alhamdulillah ala kulli hal
.
Raya korban kat sini meriah dia lebih dari raya puasa, mungkin sebab mostly arab buat sembelihan kat kawasan rumah masing-masing dan kita boleh tengok diorg semua busy and obviously darah mengalir sepanjang lorong. Kalau hari raya puasa, lepas balik solat sunat hari raya krik krik sikit,tak meriah macam Malaysia. Ramadan lebih meriah dari Aidilfitri. Apa apa pon yang penting kefahaman dan penghayatan kita tentang raya korban tu sendiri.

antara sahabat aku yang paling rapat yang paling baik. Selalu ada bila-bila masa. Dari kiri (Lily,Atiqah,Farah,Nik,Aku,Aina,Izzah,Yunn) budak medik tahun 5 mostly tak balik sebab diorang ada final exam. Dak2 exam mereput baca buku je la yoo.aakuu ponn😝
adik sc mariatul qibtiyyah. Tak rancang pon nak pakai turquoise👗 satu usrah,,nampak la keterikatan hati tu..haha ahaks
Pikah sorang wakil rumah dia datang solat sunat pagi ni. Aku expect ramai jugak terlepas solat raya ni sebab summer subuh awal. Solat harini pon pukul 5.50am😓 Awal ya amat la. Aku pon terlepas satu rakaat dengan imam sebab lewat 2 minit..huhu solat pon tak sempat masuk stadium, berhimpit tepi jalan je. no hal la..nothing impossible in egypt.
.
2 tahun sebelum ni kitorang solat raya dekat masjid and boleh pilih masjid mana yang nak pergi. Last solat ramai-ramai kat stadium masa aku predental. Alhamdulillah tahun ni raya Aidilfitri dan Aidiladha buat dekat stadium sukan. Ramai dia Masha Allah ribu riban orang tak yah cakap la berhimpit jalan. Tu lah keistimewaan dia, semua orang akan berbondong-bondong datang solat kat satu tempat sahaja. Takde satu pon masjid yang buat solat asing menunjukkan syiar islam pada penganutnya dan orang bukan islam.

Balik dari solat raya, aku pengsan atas katil semalam tidur lewat masak laksam. Tiqah sambung buat roti jala. Izzah pon pengsan sekali. Tahun ni istimewa dia kami dapat raya bertiga sekali which is very rare..hahah Izzah masak rendang btw. Sampai petang penat layan tetamu. Maghrib semua orang kepenatan. Esok jadual macam biasa la study,study,study. EXAM 4 HARI JE LAGI WOII😣 

No comments:

Post a Comment