Friday, 4 August 2017

VOLUNTEERING WORK

-Jumaat,050817-

PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) anjurkan program kesukarelawan bersama rumah anak yatim Dar Aytam Ziraah di tempat mereka. Nama program tu WE ARE ONE 2017ataupun singkatan #WAO'17
Pihak Tanta Dental Team(TDT) PCT dan PEACE PCM diajak berkolaborasi sekali untuk menjayakan program mega diorang ni. Zagazig takde student dental, sebab tu diorang perlukan khidmat cawangan lain dan disebabkan ramai ahli TDT yang balik Malaysia summer break ni, kami recruit je budak final year yang tak balik.

Banyak aktiviti yang dirancang tuan rumah. Ada medical dan dental check up, melukis mural dinding, health education, sukaneka, makan-makan dan sesi beramah mesra.

Dari Tanta, aku,kak aliyya,kak huda, kak izz, kak yuni, kak farah, syahir osman adib,acap dan taufiq jadi wakil dari TDT kali ni.

[We Are One : Hari Program]

Berikut merupakan teknikal pada hari program:
1) Tarikh: 4 Ogos 2017 (Jumaat)
2) Masa (berkumpul): 7.00 pagi
3) Tempat (berkumpul): Zagazig Malaysian Students Hall
4) Etika berpakaian: Pakaian Sukan menutup aurat
5) Yuran: 10Le

Tentatif program adalah seperti berikut:

7.00-7.30 pagi
Berkumpul di ZMSH, pendaftaran, sarapan

7.30-8.00 pagi
Bergerak ke tempat program

8.20-8.45 pagi
Tiba di tempat program, taklimat berkaitan tempat

8.45-9.00 pagi
Icebreaking

9.00-11.30 pagi
Pemeriksaan kesihatan
Pemeriksaan mata
Pemeriksaan gigi
&
Aktiviti gotong royong

11.30-12.45 petang
Rehat , solat jumaat

12.45-1.30 petang
Jamuan makan

1.30-2.30 petang
Penerangan kesihatan

2.30-3.30 petang
Games dan ramah mesra bersama anak yatim

3.30-4.15 petang
Majlis penutup
-penyerahan sumbangan
-sesi fotografi

4.15 petang
Bersurai

mungkin nametag terakhir before bfg😫
pari-pari gigi anda..huhu antara muka-muka budak kental tak balik summer break
disebabkan aku reti la sikit cakap(baca:hentam) bahasa arab, diorang letak aku bahagian konsultasi pergigian and demo macam mana nak berus gigi dengan betul.
budak-budak ni reti sebenarnya gosok gigi tapi mungkin diorang rasa penjagaan gigi tu tak penting, tu yang suka hati je bila nak gosok, bila tak nak😔

Aku sempat jugak bagi consultation pada warden yang jaga rumah anak yatim ni, diorang cakap tak ada masa nak gosok gigi, sibuk sangat hari-hari (alasan sama aku dapat masa handle patient kat klinik uni) so aku tanya la mak cik tu,
 'mak cik solat tak hari-hari? ada masa tak nak solat?' 

dia balas 'eh mestilah!' 

aku sambung,
 'haa gosok gigi pon penting. mesti ada masa punya. paling lama pun 2 minit je' 

kami sama-sama senyum.Aku tahu dia dapat point yang aku cuba sampaikan. Aku tambah lagi 'lepas ni,at least kena gosok jugak gigi walaupun sekali je ye?' dia angguk dan cakap in sha Allah.
akak-akak dentist cantik check gigi sape tak suka😂
aktivis dari PERUBATAN Cawangan Mansurah. terbaikk!
ramah mesra dan makan-makan
1/7 daripada #gengGigiKuat
kami tak goyang kaki ye..ni sebelum budak-budak datang dental check up.
antara aktivis-aktivis We Are One yang sangat mantap,baik hati,mesra dan inspiring.

“…Dan mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim, katakalah: “Mengurus urusan mereka secara patut adalah baik, dan jika kamu bergaul dengan mereka, maka mereka adalah saudaramu; dan Allah mengetahui siapa yang membuat kerusakan dari yang mengadakan perbaikan….”. (Q.S. Al Baqarah, 2:220)

"PCZ - One Big Family"

"Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati" 

PERUBATAN Cawangan Zagazig 2017/2018. 






No comments:

Post a Comment