Sunday, 27 August 2017

CARI POTENSI DIRI

Aku masuk bilik izzah tadi, aku kacau kejap dia tengah 'busy' edit poster yang kakak dia mintak tolong buatkan last minute. Semua orang tau dia memang power bab photoshop ni.Aku power jugak.power kritik.believe me..i'm good with this part..hahah

'yang ni tak cantik laa'

'kecikkan sikit tulisan'

'warna tak matching langsung'

Aku stay je la tepi laptop tolong menyusahkan dia lagi dengan kritikan 'membina' aku.
sambil-sambil tu dia bagitau la trick dan teknik penipuan terbaik nak buat poster.tapi most of the trick aku tak paham sangat pon.(aku sebenarnya dah bertahun nak belajar tapi sebab tak terdesak and aku ni tak mesra komputer sangat so that's why)

Bila lama aku tengok dia buat kerja tu,aku macam amazed la jugak.Dah lama dah aku tau dia ni power n improved banyak since predental lagi.Bila dah sampai orang pusat PERUBATAN pon cari dia,takkan tak power lagi kot.

Tengah dia duk serabut tukar2 warna poster tu aku cakap la

'weh izzah kalau kau tengah down down ke, tengah inferior ke kau pikir ceni, -aku pandai photoshop aku power buat poster,aku pandai amik gambar.. bukan semua orang reti and minat- takpelah tak reti satu part tapi part lain kau reti mesti lepas tu kau akan up terus tak down dah..hahah'

kitorang gelak je la lepas tu aku sambung 'aku selalu pikir camtu bila tengok orang lain lagi superior..at least aku reti bercakap..haha'

Benda yang aku nak bagitau sebenarnya ialah semua orang ada potensi masing-masing yang kadang2 kita rasa

'alaa pandai masak je pon baking je,semua orang boleh masak'

tak pon

'alaa bukan hebat sangat pon, lukis gitu gitu je'

that kind of mindset la yang selalu menjatuhkan potensi dalaman yang kita ada. Dunia sekarang sangat memerlukan individu yang mahir lebih dari satu benda. Kan best jadi doktor gigi pandai buat poster, cikgu geografi dan reti melukis, engineer dan pandai masak! that's the added value.

Gilap potensi tersebut dan proud of yourself😉

Friday, 4 August 2017

VOLUNTEERING WORK

-Jumaat,050817-

PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) anjurkan program kesukarelawan bersama rumah anak yatim Dar Aytam Ziraah di tempat mereka. Nama program tu WE ARE ONE 2017ataupun singkatan #WAO'17
Pihak Tanta Dental Team(TDT) PCT dan PEACE PCM diajak berkolaborasi sekali untuk menjayakan program mega diorang ni. Zagazig takde student dental, sebab tu diorang perlukan khidmat cawangan lain dan disebabkan ramai ahli TDT yang balik Malaysia summer break ni, kami recruit je budak final year yang tak balik.

Banyak aktiviti yang dirancang tuan rumah. Ada medical dan dental check up, melukis mural dinding, health education, sukaneka, makan-makan dan sesi beramah mesra.

Dari Tanta, aku,kak aliyya,kak huda, kak izz, kak yuni, kak farah, syahir osman adib,acap dan taufiq jadi wakil dari TDT kali ni.

[We Are One : Hari Program]

Berikut merupakan teknikal pada hari program:
1) Tarikh: 4 Ogos 2017 (Jumaat)
2) Masa (berkumpul): 7.00 pagi
3) Tempat (berkumpul): Zagazig Malaysian Students Hall
4) Etika berpakaian: Pakaian Sukan menutup aurat
5) Yuran: 10Le

Tentatif program adalah seperti berikut:

7.00-7.30 pagi
Berkumpul di ZMSH, pendaftaran, sarapan

7.30-8.00 pagi
Bergerak ke tempat program

8.20-8.45 pagi
Tiba di tempat program, taklimat berkaitan tempat

8.45-9.00 pagi
Icebreaking

9.00-11.30 pagi
Pemeriksaan kesihatan
Pemeriksaan mata
Pemeriksaan gigi
&
Aktiviti gotong royong

11.30-12.45 petang
Rehat , solat jumaat

12.45-1.30 petang
Jamuan makan

1.30-2.30 petang
Penerangan kesihatan

2.30-3.30 petang
Games dan ramah mesra bersama anak yatim

3.30-4.15 petang
Majlis penutup
-penyerahan sumbangan
-sesi fotografi

4.15 petang
Bersurai

mungkin nametag terakhir before bfg😫
pari-pari gigi anda..huhu antara muka-muka budak kental tak balik summer break
disebabkan aku reti la sikit cakap(baca:hentam) bahasa arab, diorang letak aku bahagian konsultasi pergigian and demo macam mana nak berus gigi dengan betul.
budak-budak ni reti sebenarnya gosok gigi tapi mungkin diorang rasa penjagaan gigi tu tak penting, tu yang suka hati je bila nak gosok, bila tak nak😔

Aku sempat jugak bagi consultation pada warden yang jaga rumah anak yatim ni, diorang cakap tak ada masa nak gosok gigi, sibuk sangat hari-hari (alasan sama aku dapat masa handle patient kat klinik uni) so aku tanya la mak cik tu,
 'mak cik solat tak hari-hari? ada masa tak nak solat?' 

dia balas 'eh mestilah!' 

aku sambung,
 'haa gosok gigi pon penting. mesti ada masa punya. paling lama pun 2 minit je' 

kami sama-sama senyum.Aku tahu dia dapat point yang aku cuba sampaikan. Aku tambah lagi 'lepas ni,at least kena gosok jugak gigi walaupun sekali je ye?' dia angguk dan cakap in sha Allah.
akak-akak dentist cantik check gigi sape tak suka😂
aktivis dari PERUBATAN Cawangan Mansurah. terbaikk!
ramah mesra dan makan-makan
1/7 daripada #gengGigiKuat
kami tak goyang kaki ye..ni sebelum budak-budak datang dental check up.
antara aktivis-aktivis We Are One yang sangat mantap,baik hati,mesra dan inspiring.

“…Dan mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim, katakalah: “Mengurus urusan mereka secara patut adalah baik, dan jika kamu bergaul dengan mereka, maka mereka adalah saudaramu; dan Allah mengetahui siapa yang membuat kerusakan dari yang mengadakan perbaikan….”. (Q.S. Al Baqarah, 2:220)

"PCZ - One Big Family"

"Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati" 

PERUBATAN Cawangan Zagazig 2017/2018. 






Thursday, 3 August 2017

#QaShah wedding

-Selasa, 010817-

Semua yang dapat jemputan eklusif Shahrin dan Qaniah semua excited harini sebab diorang buat walimatul urus dekat Taman Dr.Hamudah.
.
Aku excited
.
satu dapat makan of course.lama takde kenduri kat Tanta lepas wedding kak Tehah dan Prop 3 tahun lepas. Ye lah sapa je nak kawen kat mesir ni. orang-orang qawiy je..huhuh satu lagi aku tak sabar nak tengok dwcoration team diorg buat.mesti cantik.gambar wajib la ni kan kalau pergi wedding orang. TAHNIAH🎉 SHAHRINXQANIAH 👰👦

Diorang print balik semua gambar masa akad nikah haritu dan gantung all over the garden😍
nice place🌸garden wedding
aminkan je la orang dah tolong doakan yang baik-baik tu.
sape cakap kawen luar negara takleh buat prop bagai? #QaShahteam memang superb!
antara akhawat-akhawat Rhazes. Ramai lagi kat belakang sana tengah makan.

Semoga perkahwinan kalian mendapat rahmat dan kasih sayang Allah. cepat-cepat dapat baby yerr..huh

ALLAH KNOWS BEST

-Selasa,250717-

Harini aku dapat result, rasa takut tu hanya Allah je yang tahu,nak menangis pun ada semua ada la.

Aku antara orang awal yang sampai gamaah harini sebab aku dapat confirmation dari kawan arab yang result official keluar harini. Sampai je gamaah jumpa Dr. Nahed, dia Vice Dean dan dia cakap result keluar dalam sejam lagi. Sejam arab ni kena kali 2 so aku expect lagi 2 jam.Masa sampai gamaah dalam pukul 10.30 camtu la..so dekat pukul 12 baru dapat la kot.

so aku,piqah najib,qihah n fizah lepak mercato dulu sementara tunggu lagi sejam tu. Tunggu kat gamaah lagi kecut perut weyhh.
Kat mercato benda yang asyik ulang, harap balik dari gamaah nanti bukan dalam tangisan la. Result tahun akhir ni cuak dia semacam je, tahun akhir kot.nak grad!

cut story short, kitorg dapat result jugak akhirnya dalam bilik mr.Usamah dan aku antara yang terawal tahu result.

٤٩٠ نيك عائشة بنت نيك راشيدين٠٠٠٠٠٠٠> دور تاني

masa tu rasa macam kosong gila perasaan, tak percaya pon ada jugak. AKU KENA REPEAT PAPER.
Aku tak tunggu lama dah, terus call ibu and masa tu la tetiba rasa sebak. terus nangis.

i was in denial for couple days. i'm ok now i guess.penat kot down lama-lama. Boleh gila la kalau ingat benda negatif memanjang je.
so basically,i've started open the book the next day after result😂
.
Alhamdulillah ala kulli hal. sebelum ni belajar sungguh2 teori redha and tawakal.this time kena apply sungguh2 jugak plus tambah effort.
.
HE knows best

she's always super duper positive😍 Acah sayang ibu
i i knew he cares -Abe Eil-